Spesifikasi Kad SIM

Litar SIM terbenam pada kad plastic boleh alih. Kad plastic ini dipanggil "kad SIM" dan boleh dialih antara dua jenis peranti mudah alih. Kad SIM pada awalnya dibuat sama saiz seperti kad kredit (85.60 mm × 53.98 mm × 0.76 mm). Pembangunan bagi peranti mobil lebih kecil secara fizikal mendorong pada pembangunan kad SIM lebih kecil, kad SIM mini. Kad SIM mini memiliki ketebalan yang sama seperti kad bersaiz penuh, tetapi lebar dan panjangnya dikurangkan pada 25 mm × 15 mm.

Kad SIM mengandungi nombor siri uniknya (ICCID), Identiti Pelanggan Mobil Antarabangsa (International Mobile Subscriber Identity, IMSI) dan kunci keselamatan berkait yang digunakan bagi mengenalpasti dan mengesahkan pelanggan, maklumat sementara berkaitan dengan rangkaian tempatan, senarai perkhidmatan yang boleh dicapai pengguna serta dua kata laluan: nombor pengenalan diri (personal identification number, PIN) kegunaan biasa dan personal unblocking code (PUK) untuk menyahkunci PIN.

Kad ini mengandungi maklumat peribadi berkenaan pemegang akaun, termasuk nombor telefonnya, buku alamat, perutusan teks, dan data yang lain. Apabila pengguna ingin menukar telefon, dia hanya perlu mengalihkan kad dari satu telefon tangan dan memasukkannya dalam telefon bimbit yang lain. Kad SIM adalah mudah dan popular dikalangan ramai pengguna, dan merupakan kunci penting dalam perkembangan teknologi telefon sel.